Thursday, September 8, 2016

Zika : Virus dari Nyamuk. Tips kesedaran awal (Part 1)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Seperti yang dijanjikan di Facebook semalam, hari ni saya nak kongsi beberapa tips untuk mengelak dari gigitan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan kita dijangkiti virus demam denggi dan yang POPULAR sekarang iaitu Zika.

Sebelum tu, saya nak kongsikan dulu fakta mengenai nyamuk. Nyamuk ni mempunyai satu kelebihan iaitu boleh x-ray kulit kita di tempat yang gelap.Kalau nak tahu kegatalan pada kulit kita sebenarnya adalah disebabkan air liur nyamuk tersebut yang ditinggalkan selepas menghisap darah kita. Nyamuk juga berselera pada darah yang mengandungi kolesterol tinggi dan kadar asid yang tinggi.

Kenapa wanita hamil yang selalu disebut2 mudah dijangkiti virus dari nyamuk? Ini kerana nyamuk tertarik pada karbon dioksida yang tinggi, wanita hamil mengeluarkan karbon dioksida yang banyak ketika hamil. Ia juga boleh mengesan bau karbon dioksida sejauh 100 kaki atau 30 meter dari manusia.

Bagi sesiapa yang berdarah O juga, anda ada peminat kerana orang yang berdarah O mempunyai bau badan yang lebih tinggi berbanding jenis darah lain. Selain itu, nyamuk yang membawa virus dan parasit ini selalunya akan meningkat nafsu terhadap darah seterusnya menjadi hyperaktif dan ketagihan darah manusia.

Kalau dilihat kebanyakan fakta di atas boleh disimpulkan bahawa nyamuk mempunyai keinginan untuk mendekati kita melalui bau badan. Sama ada bau badan yang mengandungi kolesterol, bernafas laju seterusnya berpeluh dan meningkatkan suhu badan kita. Nyamuk juga memang suka panas. Untuk pengetahuan semua, ini semua kerja NYAMUK BETINA sementara yang jantannya memilih mendekati bunga dan memakan nectar atau madunya.

Alamak! Terpanjang pulak celoteh tentang fakta ni.

Masih nak baca lagi ke pasal tips tu? Kalau nak komenlah dibawah yer. Penat jari ni menaip nanti kalau takde siapa yang baca. Saya nak buat kerja lain pula sekejap yer.

Nanti saya sambung lagi yer.

No comments:

Post a Comment