Hubungi saya:

Saturday, January 30, 2010

Seksinya aku...


hehe...ni bkn gmbr seksi aku.ni gmbr aku jd angkasawan kt planetarium ms cuti sekolah bawak anak aku,kakak ipar aku si kak ina n anak die haziq n anak buah die dari Kg. Luat, Lenggong.
oppsss...lupe.sorg lg adalah anak buah gak la,anak kpd anak agkt yg mak aku bela sebelum aku lahir.
al maklumla,mak aku ingat die x dpt anak pompuan comel mcm aku ni skali umur abg aku n kakak angkat aku ni msk je 16 thn tetiba aku sesat terlahir kt dunia ni.


so lainkali je la yer tgk gmbr seksi aku,malas la nk upload gmbr lg...bye!

Sunday, January 24, 2010

Trust

i'll trust someone if he/she can give the full trust to me.
once he/she lied i dont trust her/him anymore.

whatever he/she do or
wherever he/she go or
what time he/she will back

there is no point to know from a liar.
liar is a liar.

it's better to trust ourself.

Sunday, January 10, 2010

Appraisal

Hidup selalu tak adilkan?

untuk berada di atas,
adakah perlu memijak kepala orang lain baru dapat kita kecapi kejayaan itu?

'Hati' atau 'Mata' yang buta menilai seseorang?

Tak salah menilai diri tinggi,yg salahnya kalau kita merendahkan orang lain.

itu bukan platform yg baik untuk kita terus melangkah maju.

fikir2kanlah....

Sunday, January 3, 2010

Tiang Yang Rapuh

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Menyayangi
Yang Maha Mengetahui
Yang Maha Agung

Aku pohon padaMu
yakinkan aku bahawa
aku telah memilih jalan yang betul
mengikut landasan keabadianMu

Ya Allah
Aku berasa seperti semakin hari semakin
lemah untuk menyakinkan dia
untuk menyintaiMu

Ya Allah
ampuni hambaMu ini
aku bersyukur dengan hidup yang Kau berikan ini
walaupun aku takut dengan binaan tiang yang amat-amat rapuh ini
yang akan menjadikan aku jahil

Ya Allah
hilangkanlah perasaan kekecewaan melihat janji-janji palsu manusia
untuk beriman pada Mu walaupun saban hari
aku berdoa moga dia berubah menjadi hamba Mu yang lebih baik

Kuatkanlah hati ini
jangan beri hati ini berputus asa
untuk berdoa dan berikhtiar

Kau jadikanlah hatinya lembut
jadikanlah dia orang yang sentiasa
bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang melimpah ruah dari Mu
walaupun kami sering lupa
apa yang telah Kau berikan selama ini

Terima kasih Ya Allah
untuk segala nikmat bahagia yang aku kecapi ini
rezeki Mu dan segala ujian Mu
yang menjadikan aku tabah hadapi hidup ini

Ya Allah
moga aku tidak pernah lupa mengingati Mu
dan jadikanlah dia satu hari nanti pembimbing abadi di sana
aku ingin bersamanya berpimpin tangan masuk ke pintu syurga Mu.

Amin Yarabbal'alamin.