Hubungi saya:

Sunday, January 3, 2010

Tiang Yang Rapuh

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Menyayangi
Yang Maha Mengetahui
Yang Maha Agung

Aku pohon padaMu
yakinkan aku bahawa
aku telah memilih jalan yang betul
mengikut landasan keabadianMu

Ya Allah
Aku berasa seperti semakin hari semakin
lemah untuk menyakinkan dia
untuk menyintaiMu

Ya Allah
ampuni hambaMu ini
aku bersyukur dengan hidup yang Kau berikan ini
walaupun aku takut dengan binaan tiang yang amat-amat rapuh ini
yang akan menjadikan aku jahil

Ya Allah
hilangkanlah perasaan kekecewaan melihat janji-janji palsu manusia
untuk beriman pada Mu walaupun saban hari
aku berdoa moga dia berubah menjadi hamba Mu yang lebih baik

Kuatkanlah hati ini
jangan beri hati ini berputus asa
untuk berdoa dan berikhtiar

Kau jadikanlah hatinya lembut
jadikanlah dia orang yang sentiasa
bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang melimpah ruah dari Mu
walaupun kami sering lupa
apa yang telah Kau berikan selama ini

Terima kasih Ya Allah
untuk segala nikmat bahagia yang aku kecapi ini
rezeki Mu dan segala ujian Mu
yang menjadikan aku tabah hadapi hidup ini

Ya Allah
moga aku tidak pernah lupa mengingati Mu
dan jadikanlah dia satu hari nanti pembimbing abadi di sana
aku ingin bersamanya berpimpin tangan masuk ke pintu syurga Mu.

Amin Yarabbal'alamin.

No comments:

Post a Comment