Tuesday, December 20, 2011

Give Away For You!

Assalamualaikum,
Mazz berhajat nak memberi Hadiah Misteri 'Give Away' pada kawan-kawan semua.

Nak tau cara nak dapatkannya? senang je....

buat appointment untuk 'Test Drive' kereta proton, Hadiah tersebut akan Mazz berikan selepas 'Test Drive' tersebut.

just sms nama,waktu temujanji ke nombor Mazz 017-2339372.

Cepat sebelum akhir tahun 2011 ni...

PROTON FOR SALE: Exora Prime & Bold

Thursday, July 28, 2011

Kuih Raya 2011

Assalamualaikum,

Disertakan gambar dan senarai harga untuk tetapan kawan-kawan.

Untuk hari raya ini, hanya tempahan Samprit sahaja yang saya ambil.

Tempahan untuk raya tarikh tutup 12/8/11.

Boleh tel. @ email kepada saya

dmazzanggun@gmail.com / 017-2339372)



Samprit Panjang RM20 (106pcs)
Samprit Dahlia RM17 (60pcs)

Tuesday, July 26, 2011

Miecyber's Blog: Tips elakkan di serang "Phishing"

Miecyber's Blog: Tips elakkan di serang "Phishing": "Phishing adalah aktiviti mencuri maklumat peribadi dan perbankan pengguna internet .Ia merupakan salah satu jenayah siber yang utama..."

Thursday, July 21, 2011

Status FB yang membahayakan diri dan keluarga.

Assalamualaikum,
Hari ni Mamaz terdetik nak post mengenai status rakan di Facebook atau dalam Bahasa Melayunya Mukabuku.
Maaflah kalau ada rakan2 yang terasa sebab Mamaz tengok ramai yang suka update tempat dan barang2 mewah yang merah baru beli atau dapat, Mamaz automatik terfikir benda-benda macam ni....contohnya:









1. bile update tempat2 mcm ni esp bgtau umah kite di mana dan plus memang dh berlambak gambar kite yg berdiri,duduk,jauh,close up...kan bahaya kalau orang yang mungkin ada niat jahat ngan kita(mungkin org tu kita kenal2 gitu je tp add as friend!) tunggu depan pangsapuri ni dan dapat cam kita...mcm2 leh jadi kan? apetah lagi duduk umah menyewa anak dara je pulak tu....









2. ni lagi status yang menunjukkan kehidupan dan gaya hidup anda. cuba kita bayangkan klu kedua2 status ini kita sentiasa buat so rumah kita pn org dah tau....ape barang2 yang ada kt umah kita pn org dh tau...

orang dh boleh buat plan untuk merompak atau ape sahaja jenayah boleh dilakukan...tp u all jgn nk berangan lak nk wat benda ni kt gmbr di atas ni lak...sebab 2 status ni bukan org yg sama dan tidak tinggal di tempat yang sama malah tidak mengenali pn antara satu sama lain,hihi...

so berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu....Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011

MaMaz's Vacation 1 night @ KPJ Damansara

Assalamualaikum,
the latest news pasal Mamaz ialah pada hari Jumaat lepas iaitu 8 April 2011, Mamaz telah diwadkan dan menjalani Minor Surgery di KPJ Damansara. Ini adalah pengalaman pertama Mamaz masuk wad bedah dan dibedah. Agak seriau gak la bila nurse tu suh tukar gaun bedah hijau tu...then ditolak ke bilik bedah...


Soalan pertama seorang doktor (tertera Dr. Hilmi pada sulaman baju dia) dalam Operation Theater (OT) tu tanya 'first time ke operation?' dan Mamaz pun hanya mengangguk. Dia pun minta pembantu/nurse la kot untuk menambah morphine,pembantu/nurse tu pn kate cukup la 50(tak tau la dlm ukuran apa),Dr. Hilmi tu kata sakit ni klu tak sakit buat apa patient gi hospital. pahtu dorang pn picit2la tgn ku yg tak brape nak halus ni,hihi...
rupanya mencari urat utk masukkan bius tu....tetiba rs mcm ade benda menjalar dan terus rs kepala mcm bergegar skit then tetiba je ade org tepuk bahu panggil 'bangun2,dah siap'....


Mamaz smbl mamai2 tu buka je mata rs pelik td lampu dlm OT ade 3 mcm lampu UFO tu npe ni ade satu je? rupanya Mamaz telah pn dibawa keluar dari OT dan otw ke bilik wad semua. dan rupanya Mamaz telah dipengsankan dalam masa 2 jam tapi rs mcm hilang pandangan dalam beberapa second je....


Tapi Mamaz telah dibenarkan discharge pada hari sabtu keesokan harinya...sekarang Mamaz masih dalam cuti sakit di rumah. Mamaz nak ucapkan terima kasih pada Mak, Abah, hubby, my cutiey daughter, abg long and family serta aunty yang sudi jaga aku masa aku duk mamai lg n takde spe jaga aku...nilah semangat satu Malaysia walaupun tidak kenal sesama sendiri,berlainan bangsa dan agama tapi kita tinggal di bawah langit yang sama.... Syabas betey,mera dos,Jai Malaysia!

Monday, April 4, 2011

Air ECPI


Salam,

Sesiapa yang ingin mendapatkan air ECPI boleh menghubungi saya melalui emel atau telefon saya.

Harga Biasa: RM8.10 sebotol (1500ml/botol besar)

Harga saya: RM6.50 sebotol (1500ml)

Harga sedozen/sekotak saya: RM75.

Stok ada dalam simpanan saya sekarang.

Sekian, terima kasih.

*harga tak termasuk kos penghantaran.tetapi kos penghantaran percuma bagi yang tinggal di kawasan Mutiara Damansara,Damansara Perdana,Kota Damansara,Sg. Penchala dan Taman Tun Dr. Ismail dengan pembelian sekurang2nya satu dozen/satu kotak.

Thursday, February 24, 2011

ditujukan untuk Followers ku...

Mazz bercadang untuk menjadikan D'Mazz Anggun ini sebagai blog bisnes secara rasmi so klu boleh  u all follow la blog peribadi saya yang baru iaitu Hati Mama Maz ...n ajak la kwn2 gak untuk meng 'follow' yer...
thanks guy....

Hati Mama Maz: Sakit Perut Tanda Kanser Perut

Hati Mama Maz: Sakit Perut Tanda Kanser Perut: "SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai daripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.Kalau berubat ..."

Friday, January 28, 2011

Banjir

Oleh Che Soo Ismail

ORANG jual ikan tiga hari dah tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampai ke paras dada..."
Belum sempat saya berkata apa-apa, suara di hujung sana terus meluah isi hatinya yang bagaikan terpendam sekian lama. Pada ruang yang tidak kedengaran suaranya, mungkin sedang menarik nafas yang tersumbat akibat luahan hati yang terburu-buru tanpa mengenali dengan siapa dia bercakap, saya menyelit soal.
"Dah tu, macam mana?"
Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, atau nama panggilan sejak saya dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang gusar di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor telefon rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya menekan salah ke nombor telefon dia. Selepas meluahkan isi hati yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengkisahan dengan penghargaan dan pesanan.
"Terima kasihlah. Nana telefon juga tanya khabar mak. Abang kau tu, duduk saja dekat, tak jenguk langsung, emak hidupkah mati, dalam banjir ini! Kirim salam pada suami dan anak-anak kau."
Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu terputus dalam hujan yang sudah empat hari empat malam, lebat dan renyai menyilih ganti. Radio dan televisyen lebih kerap menyiarkan berita terkini. Aktiviti laut wajib ditangguhkan. Ikan di pasar berhampiran rumah saya melambungkan harga ke paras menakjubkan. Ada jiran yang menghidap darah tinggi telah merungut sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tapi ikan kering, ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja hidangan. Ya Allah, saya tidak boleh menelan.
Suara tua yang tadinya meluahkan isi hati, tanpa memberi saya walau sedikit kesempatan untuk menerangkan, bahawa saya bukanlah Nana, anak perempuan yang disangka berbicara dengannya tadi menujah-nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi. Tiada jawapan! Saya menunggu hingga deringan berakhir. Masih juga begitu! Ke mana dia? Mungkinkah keluar membeli makanan? Dekatkah jauh, tempat yang dituju? Rumahnya di mana? Bolehkah dia ke sana?
nyawa
Adakah kedai yang masih di buka dalam banjir yang saya lihat di kaca televisyen telah melepasi paras tingkap rumah di tingkat bawah. Lebih buruk lagi, banjir kali ini telah menelan dua nyawa. Tapi adunya tadi, dia tidak turun ke dapur atau ke mana-mana.
"Mak takut ular."
Getar suaranya menggegarkan perasaan saya. Kalau dia takut hendak turun, tentu dia tidak pergi ke kedai. Tapi katanya tadi, makanan sudah habis. Jiran-jiran semua dah berpindah ke pusat pemindahan. Cuma dia seorang saja yang tidak pergi. Kenapa begini?
Saya langsung tidak berkesempatan menyelit soal. Mungkinkah dia sedang menanti kedatangan anak lelakinya? Tapi katanya, sudah tiga bulan anak lelakinya tidak datang ke rumah, mahupun menelefon bertanya khabar. Ke mana perginya tubuh yang menyimpan suara tua itu dalam banjir begini? Saya telefon sekali lagi, menunggu hingga ke hujung deringan. Dia menjawab. Termengah-mengah, juga masih tidak memberi ruang tanya kepada saya.
"Mak solat zuhur tadi. Jangan bimbang dengan mak. Ikan kering ada, cabai kering pun ada. Kalau habis semua tu, mak makan nasi dengan garamlah. Jaga anak dengan suami kau baik-baik, assalamualaikum."
Sederas jawapan yang menyembur dari hujung sana, sepantas itu juga telefon diletakkan! Mengapa jasad yang mengeluarkan suara tua itu, langsung tidak memberi ruang untuk saya berbicara? Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar kata. Ataukah memang benar, dia bimbangkan bil telefon 'anak' ini akan jadi seperti harga ikan di pasar kami. Atau mungkin juga dia keliru, antara pemanggil dan orang yang dipanggil, siapa yang kena keluar bayaran?
Bagaimana saya hendak menelan, dalam getar suara dari mulut tua yang hanya ada nasi berteman ikan kering dan sambal cabai kering, sebagai penambah tenaga. Ya Allah, izinkan saya menikmati juadah ini dengan tubuh yang tidak saya kenali itu.
Saya ingin kepuasan menyenduk nasi ke pinggan emak lebih dulu, sebelum meletakkannya ke pinggan saya, berulang kepada jasad empunya suara yang kedengaran merindui sangat anak-anaknya.
Saya inginkan saat itu. Sungguh teringin. Saya rindu ya Allah. Saya nak sangat-sangat melakukannya! Bukan kerana ada lensa kamera yang menghala ke wajah saya. Bukan kerana hendak memenuhi impian satu Malaysia. Namun, inilah harapan yang tiba-tiba tumbuh merimbun sebaik saya mendengar suara tua di hujung talian yang saya tidak tahu di mana. Tapi saya yakin, suara itu bermukim tidak jauh dari kampung saya, kerana tujuh angka nombornya, sama macam tujuh angka pertama nombor telefon Ameera yang cuma rumahnya berjarak tidak sampai enam kilometer dari kediaman saya.
mendekati
Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! Suara tua itu tidak jauh, sebab saya ingin sangat-sangat hendak mendekati. Pasti kerinduan pada anak-anaknya amat menikam, sehingga hati saya telah merasai bisanya. Ya Allah, permudahkanlah saya untuk mencari rumah yang memberi perlindungan kepada tubuh tua itu, dalam banjir di rumahnya yang telah sampai ke paras dada. Saya dapat menyentuh kecutnya hati dia setelah tiga hari, sebahagian dari rumahnya direndam kesejukan.
Sesak nafas saya, merasai kecungapan harapannya yang telah lemas di atas tadahan tangan, sehingga tidak mampu di tahan lagi. Lalu dia membiarkan harapan itu ditenggelami kesuntukan masa anak-anak yang amat dirindui. Ingin benar saya satukan rindu yang sarat dari tubuh bernafas tua itu dengan rindu yang mencengkam sukma, sejak emak saya diambil kembali oleh pencipta-Nya. Ya Allah, sejahterakanlah pertemuan dua kerinduan yang amat tidak tertanggung ini. Saya mencari buku panduan telefon. Alhamdulillah, saya selalu mendapat bantuan Allah dalam setiap usaha. Menulis dengan teliti alamat rumah dari nombor telefon yang tertera.
Menarik dan melepas nafas berkali-kali, memang amalan saya apabila berbicara dengan diri. Mengulang lagi dan bertanya hati. Itu pesanan allahyarham bapa yang sentiasa saya patuhi. Apakah saya benar-benar bersedia menghadapi pertemuan ini?
"Oh, Nek Piah tu memang tak pindah!"
Suara jawapan dan suara iringan pertemuan yang baru lima minit pada petang ini memerhati bungkusan dalam kedua-dua beg plastik yang berat di tangan saya.
Selepas bersoal jawab, anak-anak remaja yang bermain sampan sehingga ke jalan besar, tempat saya turun dari lori yang saya tumpangi, menghantar harapan hati ke rumah empunya suara dari tubuh tua itu. Saya melangkah ke anak tangga di pintu hadapan rumah usangnya. Remaja yang menghantar saya menakalkan diri meranduk air separas leher. Kenapa tubuh tua Nek Piah hendak bertahan dalam banjir seperti ini?
Dia membuka pintu sebaik mendengar salam ketiga saya. Lukisan ceria di wajah tua yang melontar getar suaranya tengahari tadi, teruja menyalam perkenalan.
Ingin sangat saya memeluknya bagi menyerah kasih anak, bahawa saya diutus Allah untuk mengangkat hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. Mak Piah merenung cari jawapan dari muka, sebaik saja saya meletak bungkusan takdir, di atas lantai yang beralas warna keikhlasan pada tikar mengkuangnya. Saya membiarkan dia meneroka jawab, sambil saya sendiri menyelami kerinduan pada wajah yang berusia hampir sebaya emak saya, sewaktu melepaskan nafas terakhirnya. Tidak tergamak hati ini membiarkan dia menyelongkar fikir, mencari jawapan yang hanya semudah saya menekan sebiji butang di telefon bimbit yang tersalah masuk, ke talian rumahnya.
Saya mengeluarkan bungkusan lauk dan nasi yang saya angkat dari meja hidangan, selepas getar suara Mak Piah menyelinap ke urat hati.
"Nana..."
"Nana suruh cik…hantar semua ni? Dia masak sendirikan?"
Mak Piah memang peramah yang teramat sangat. Saya pun menikmati resipi pembohongan yang terpampang tiba-tiba! Ya Allah, ampunkan saya kalau ini dapat membahagiakan hati wanita yang jelas teramat sangat, sedang merindui anak cucunya.
Saya tidak perlu banyak berbohong untuk menyambung keramahan bicaranya, kerana Mak Piah lancar menyoal dan menjawab segera! Dari Nubhan, anak sulung yang sentiasa tunduk pada isteri, sehinggalah kepada Nana, anak bongsu yang takutkan suami.
Saya merakam cerita dalam lautan fikir yang masih tidak mampu menerima kenyataan, masih ada manusia yang tergamak memisahkan anak dari ibu tua mereka.
"Nana sihat? Anak-anak dia macam mana? Suami dia..."
Sampai di situ, suara Mak Piah terhenti. Ya Allah, apa yang saya nak jawab ni?
"Pasal apa Mak Piah tak pindah ke pusat pemindahan, sama jiran-jiran?"
Allah melorongkan soal itu dari mulut saya. Mak Piah mengesat mata. Tidak mungkin salah soalan saya.
"Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan, tapi susah. Mak Piah ni kencing kerap, kadang-kadang tak sempat ke bilik air. Kali ni, biarlah duduk di rumah. Daripada sakit telinga dengar umpat caci orang. Lebih baik menahan lapar di rumah sendiri."
Ya Allah, macam inikah saya apabila tua nanti?
"Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, saya akan temankan Mak Piah." Sebaik terlepas perkataan terakhir dari mulut saya, Mak Piah menerkam peluk ke tubuh yang telah lama tidak di dakap ibu.
"Terima kasih....terima kasih"
Ucapnya bertubi-kali, seperti ucapan dan pelukan emak, sewaktu saya membelikan pokok bunga mawar sebagai hadiah hari lahirnya. Terungkai saja rangkulannya, Mak Piah merenung saya. Juraian air matanya, jelas meluahkan bahagia.
"Mari kita makan!"
Saya mengajak cepat dan dia juga pantas menyoal.
"Nana masak semua ni? Dia minta tolong cik hantar kepada Mak Piah?"
Ya Allah, banjir kebahagiaan di mata tuanya, telah tenggelamsembunyikan sejenis penipuan. Jika ini satu dosa, ampunkan saya ya Allah kerana bahagia menjadi pendusta.
Selesai makan dan menolong basuh dan simpan daging, ayam, ikan, sayur dan buah-buahan ke dalam peti sejuknya, saya minta diri dengan janji akan mengunjunginya lagi. Mak Piah mengirim salam kasihnya, kepada Nana yang tidak saya kenali.
menonton
Malam itu saya dipeluk kepanasan demam. Lima hari berlalu, baru saya bangun hendak menunaikan janji, selepas menonton banjir yang telah surut di kaca televisyen. Kenapa orang ramai membanjiri perkarangan rumah Mak Piah? Belum sempat saya melangkah masuk, usungan jenazah di bawa keluar. Saya mengikut sehingga ke tanah perkuburan. Apabila orang ramai meninggalkan kawasan, mata saya menanda soal ke wajah wanita yang merenung keharuan seorang lelaki, mengusap kepiluan tanah yang baru ditimbusi.
"Cik ini...Nana?"
Anak bongsu Mak Piah seperti ibunya. Saya tidak perlu banyak bertanya, kerana dia menjawab lebih dari soalan. Dari kesalan abangnya yang membiarkan kongkongan isteri, sehinggalah kepiluan hatinya, tidak diizin suami membantu ibunya membersihkan rumah selepas banjir, sehingga menyebabkan Mak Piah tergelincir jatuh. Kepalanya berdarah. Setelah tubuhnya membatu, barulah jenazah itu ditemui tetangga.
"Dua hari sebelum itu, dia bercerita pada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan semasa banjir melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya."
Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata allahyarhamah Mak Piah yang banjir dengan kebahagiaan.
"Tapi saya tak pernah kirimkan apa-apa pada emak. Tak pernah telefon, sebab emak tak berapa dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham."
Saya membiarkan Nana meluah emosi dan takungan di matanya yang telah membanjiri pipi. Abangnya terus mengusap permukaan tanah yang ditimbusnya tadi.
"Mulianya hati emak. Sanggup berbohong pada masyarakat. Emak menjulang nama saya, nama anak yang tak bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur, tak pernah pun. Saya tak bagi apa-apa. Sungguh."
Nana terus meraung. Dalam keterharuan mengenangkan kebahagiaan Mak Piah di hujung usianya, saya memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan. Bukanlah kerana hendak memberhentikan tangisan!

Monday, January 24, 2011

Konsert Justin Bieber vs Kursus Menegakkan Solat


Assalamualaikum,
Maz bukan nak memburukkan sesiapa tapi Maz terfikir betapa mudahnya kita nak lupakan agama sedangkan agama tu la tiang untuk kita. Kita patut dahulukan agama sebelum yang lainnya.

Tapi apakan daya Maz pun manusia biasa juga seperti orang lain. Bagi anak-anak remaja pula sampai ada yang malu nak solat semasa 'hang out' dengan kawan-kawan yang sememangnya dia dah tahu kerapuhan imannya...Sanggup tinggalkan solat dari kene tinggal dek kawan-kawan.                                                                            

Maz nak buat kesimpulan simple je mengenai pemikiran dan penimbangan kita dalam membuat keputusan.
Ini adalah contohnya: 

Konsert Justin Bieber (JB)
  • Harga dari RM98 - RM495 - kalau boleh nak yang paling mahal sebab nak dekat dengan JB tapi tiket dah 'sold out' huhu...
  • Seat - biarlah mahal bukan selalu pun dapat jumpa JB silap2 dia  aku dia lambai kat  aku, hadiah birthday special untuk aku tahun ini, aku kan peminat no.1 JB?
  • Kawan - kalau boleh nak bagitahu and nak ajak semua kawan kaya serata dunia ni untuk tengok konsert ni. Bangga aku dapat pergi tengok konsert orang luar negara ni...
  • Ibu Bapa - biarlah berkorban sikit untuk anak janji dia gembira.
  • Kebaikan Jangka Panjang/Pendek - uihhh...mestilah jangka panjang sampai dah tua nanti dia ingat yang mama dan papa dia bagi kenangan ni tengok Konsert Justin Bieber!
Kursus Menegakkan Solat
  • Harga asal RM100 - 20%(RM80) - Mahalnyer? diskaun 20% je pulak tu,kalau 'free' ok jugak la...
  • Seat - duduk belakang2 lagi senang  nak keluar awal, lagipun ustaz tak nampak sangat muka aku kang die tanya apa2 plak kat aku.
  • Kawan - malulah nak ajak kawan-kawan nanti dorang ingat aku ni terrorist lak,mesti dorang tak nak kawan dengan aku dah lepas ni.
  • Ibu Bapa - takpelah dia tak nak pergi pun banyak lagi masa,die pun budak lagi (padahal dah berapa kali postpone?)
  • Kebaikan Jangka Panjang/Pendek - Alahai memang lah untuk jangka panjang sampai akhirat tapi lambat lagi 'enjoy' la dulu...mama dan papa pun macam tu gak dulu masa muda2. 
so kalau boleh u all jangan lah jadi macam yang maz katakan di atas, memberi alasan untuk diri sendiri membuat keputusan yang tak menunjukkan kita ni muslim yang sejati. Macamana maz nak buat ni ek? 
haaaa!!! apa kata maz bagi syarat kalau nak pergi konsert JB tu boleh tapi kenalah hadiri jugak kursus2 agama jugak dengan ikhlas hati nak merapatkan diri kepadaNya,si Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

Monday, January 17, 2011

Blog baru suami saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan2,
dijemput melawat dan memfollow blog suami saya ni. ini sebagai sokongan kepada beliau yang telah bersusah payah hingga tak tidur semata untuk menyiapkan blog tersebut.kalau ada rakan2 yang ingin berurusniaga dengan beliau iaitu suami saya,anda amat2 dialukan....sekian, terima kasih. jangan lupa click link di bawah k...
http://proton-dz.blogspot.com/